“Kak, berbaloikah sambung DPLI atau DPPPI?. INTERIM tu apa plak kak?”
Penulisan ini adalah untuk memberi sedikit pencerahan terhadap persoalan sahabat2 atau adik2 yg berminat untuk menjadi guru di sekolah menengah atau pensyarah di Kolej/Politeknik.
Mereka yang tidak memiliki ijazah dalam bidang pendidikan boleh melanjutkan pengajian Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) atau Diploma Pendidikan Pasca Siswazah (DPPPI)
Dimana ?
Di sini ada beberapa buah Universiti Tempatan yg menawarkan program tersebut (dlm pengetahuan saya):
1. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
2. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
3. Universiti Malaya (UM)
4. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
5. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Pilihan ada ditangan masing-masing. Cuma ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:
1. Pihak PTPTN tidak menyediakan pinjaman pelajaran program pengajian bawah daripada pengajian ijazah seseorang. Ini bermaksud segala kos pengajian DPLI ini adalah atas kestabilan kewangan masing2. Kebanyakkan yuran pengajian DPLI ini ialah antara 8k-11k (tidak termasuk sewa rumah, pengangkutan, makan minum dan lain2)
2. Kalian juga dinasihatkan untuk memilih universiti yang berdekatan dengan rumah kalian (atleast) supaya apabila anda melaksanakan Latihan Mengajar (LM)/ praktikal yang kebiasaannya berjalan selama 3 bulan, ia akan memudahkan segala urusan kalian. Antara sebabnya yang lain adalah penempatan LM kebiasaannya akan ditempatkan berhampiran dengan universiti2 tersebut. Tidak mudah utk mendapat pelepasan buat LM di negeri sendiri.
3. Terdapat pelbagai pilihan waktu pembelajaran yang anda inginkan (sekadar pengetahuan saya).
i. UM (Setahun; 2 semester & 3 bulan utk LM)
waktu kuliah adalah pd hari-hari bekerja (isnin - jumaat) samada pagi, petang atau malam. Anda boleh pilih. Major PI dan Minor BA.
ii. UniSZA (Setahun; 2 semester & LM dibuat luar daripada semester pengajian)
Waktu kuliah adalah pd hujung minggu (jumaat - sabtu) drpd pagi sehingga petang. Major BA dan Minor PI.
iii. USIM (setahun; 2 semester dan LM di buat dlm sem 2)
Waktu kuliah adalah pd hujung minggu (Sabtu-Ahad) bg semester 1 dan hari Sabtu sahaja bg semester 2. Major PI sahaja.
Semua program yg ditawarkan adalah sepenuh masa. Program ini adalah program Open Market dan tiada Jaminan Penempatan untuk mengajar kelak. Ini bermakna anda perlu fight bersama-sama orang lain semasa temu duga SPP nnt.
Program ini juga memberi peluang kepada anda utk memohon jawatan gred DH41 (jawatan pensyarah di kolej/politeknik) bukan sekadar guru di sekolah menengah shj.
Berbalik semula kepada persoalan berbaloi ke tidak sambung dpli ni?
Jawapannya ada pd diri masing2.
Jika kalian ingin menjadi seorang pendidik, minat mengajar dan minat bekerja berpasukan, melihat pembentukan akhlak serta pencapaian anak2 hasil didikan kalian dan Ingin mempunyai saham akhirat?
Inilah antara jalannya ????
Cuma, bg sesiapa yang tidak mempunyai kewangan yang stabil, salah satu jln ingin menjadi guru ialah melalui program INTERIM. Anda diberi peluang menjadi guru selama 3 tahun di bawah KPM (kontrak). Semasa dalam perkhidmatan tersebut, anda akan menghadiri satu kursus yang dipanggil Kursus Dalam Cuti (KDC) untuk pengajian pendidikan selama 1 tahun setengah. Anda akan membayar yuran pengajian dengan duit gaji anda sebagai guru interim tersebut ???? Pun begitu, setelah tamat kontrak, “kata2nya” guru2 interim akan dipanggil temu duga kembali oleh pihak SPP samada diterima masuk sbg guru tetap ataupun tidak.
Kesimpulannya, DPLI / DPPPI adalah jalan pendek tetapi perlu byk berkorban. INTERIM adalah jalan panjang tetapi ada sedikit kelebihan dan juga kekurangan.
Pilihlah..
Moga2 segala pilihan kita, semakin mendekatkan kita kepada Allah SWT ????
Humairah,
Pelajar Diploma Pendidikan Pasca Siswazah (Pendidikan Islam)
USIM 2019/2020
*Berdebar esok LM bermula, mohon doakan????